Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Berpuluh-puluh pelajar Palestin cedera terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel semasa serbuan di sebuah sekolah rendah di bandar Hebron, hari ini.
Saksi berkata, tentera Zionis lengkap bersenjata sengaja menyasarkan kanak-kanak Palestin yang dalam perjalanan ke sekolah terbabit.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Situasi itu mencetuskan serangan panik dalam kalangan pelajar serta mengganggu sesi persekolahan. - Agensi
13 Mac 2019 - 19:36
News ID: 933013
Berpuluh-puluh pelajar Palestin cedera terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel semasa serbuan di sebuah sekolah rendah di bandar Hebron, hari ini.